Kini segala usaha sudah menampakkan putiknya…

Alhamdulillah…

Kini segala usaha dan kuderat telah menampakkan putiknya.. An-Nur Group Dibawah selian saya semakin melebarkan sayap.. TQ Allah..

Semoga apa yang dicita dan di impikan dipermudahkan olehnya

Saya mempelawa anda di sana untuk turut serta bersama saya dan kumpulan melebarkan dakwah bersama Great Eastern Takaful Sdn Bhd,

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

013-2626876

Posted in berita, info | Tagged , | Leave a comment

Keperihatinan wanita terhadap Takaful/medical card lebih tinggi.

Assalamualaikum semua pengikut setia blog saya..

Alhadulillah kerana kita masih bernafas.. Tajuk post saya kali ini tentang keperihatinan wanita terhadap takaful.

Saya tidak pasti sama ada anda bersetuju dengan saya atau tidak, bagi saya, jawapannya adalah YA.

Ini kerana rata-rata yang menghantar email kepada saya untuk mendapatkan Quotation kepada saya adalah Wanita, dan 70% daripadanya meminta untuk saya buat untuk suaminya dan anak-anaknya.

Bagi saya perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi. Si suami harus lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya sebagai suami dan bapa. Alhamdulillah jika anda bukan tergolong didalam golongan ini.

Mungkin… ni mungkin la si suami boleh cari duit jika sebarang musibah berlaku pada anak-anak dan isterinya. Tapi bagaimana jika musibah itu terkena kepadanya yang merupakan tunggak keluarga?

Jadi renung-renungkanlah..

Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk melakukan perangcangan.

Posted in info, Malang tak berbau | Leave a comment

Harapan seorang isteri terhadap suami tercinta..

Assalamualaikum…

Satu kisah kehidupan yang mungkin boleh dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua.. (semua nama watak telah diubah).

Khairul Azam, seorang jurutera muda merupakan seorang suami dan bapa yang sangat-sangat penyayang terhadap isterinya Zaliah dan sepasang  anaknya Amirul Aiman dan Dania Tanisha.

Disebabkan pendapatan yang diperolehinya mencukupi Khairul Azam sahaja yang bekerja manakala isterinya menumpukan perhatian sepenuhnya pada anak-anak dan kerja-kerja di rumah.

Khairul Azam seorang suami yang romantik dan sering memberikan kejutan kepada isterinya, Isteri mana yang tidak suka dan gembira apabila ada saja kejutan yang dilakukan olehnya.. Senang cerita bahagia lah..

Selain dari itu juga Khairul Azam seorang suami yang bertangunggjawab terhadap isteri dan anak-anaknya, Sebagai seorang suami dan bapa segala kewajipannya ditunaikan dengan baik.

Dipendekkan cerita..

Satu hari seorang suami harapan keluarga yang biasanya pulang kerumah di malam hari tidak pulang seperti biasa. Membuatkan si isteri kegelisahan. Puas menunggu hingga ke pagi hari suaminya masih tidak juga pulang.

Jam 845 pagi, kedengaran suara orang orang memberi salam, Isterinya segera membuka pintu, Alhamdulillah suaminya dalam muka keletihan.. Rupa-rupanya kereta suaminya rosak dan hanphone boleh pulak kena bar masa tu.. so takeh nak bagi tahu.. huhu..

Malang biasanya tidak berbau, selang 2 hari kes yang sama berulang lagi, Suaminya lambat pulang kerumah. Lebih kurang jam 8 pagi dua orang pegawai polis datang kerumahnya untuk memberitahu suaminya terlibat dengan kemalangan maut.

Seorang suami yang dijadikan tempat berteduh dan berlindung telah pergi untuk selamanya. Allah lebih menyayanginya..

Jenazah suaminya dimandikan di hospital Serdang dan di kebumikan di tanah perkuburan Bangi. Semasa di hospital isterinya menerima segala barang-barang milik arwah suaminya, termasuklah dompetya.

Si isteri menelita dompet arwah suaminya dengan sebak dan terjumpa satu bisness card seorang agent Takful. Mengalir air mata si isteri bila terjumpa bisness card tersebut, mungkin ini salah satu kejutan untuknya…

Agak anda apakah kejutannya….

Posted in berita, info, Malang tak berbau | Leave a comment

Good news.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum…

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) AUTODEBIT FACILITY
As part of our continuous effort to enhance our services, we are pleased to inform that we have another bank as option for Autodebit payment method. With immediate effect, customers now have the option of choosing Bank Simpanan Nasional (BSN) Autodebit facility as payment method for monthly contribution. In order to subscribe to the facility, customer needs to fill in the Bank Simpanan Nasional (BSN) Autodebit form. The forms are available at all GELM branches and BSN branches. Please kindly refer the sample of the form attached. The requirements for BSN Autodebit are as stated below:-

i. Two months advance contributions.
ii. BSN Autodebit forms need to be signed and stamped at any BSN branch.
iii. To submit the original form that has been approved by BSN to GELM Head Office or GELM branches.

We hope that the facility provided from the largest community bank in Malaysia will enable you to expand your business and reach out to more potential customers all over Malaysia. We wish you all the best and should you need further details, please kindly call us at 1-300-13-8338 or email us at i-greatcare@i-great.com.my

Thank you.

Posted in info | Leave a comment

Nikmati Kerjamu..

Assalamualaikum…

Sedikit motivasi untuk pagi ini,

Sekiranya kau tidak menyukai kerjamu, kau pasti memerlukan tenaga tiga kali ganda lagi bagi memaksa dirimu bekerja bagi melawan rasa itu, dan akhirnya bekerja.

Sekiranya kau mencintai kerjamu, keinginan menjalankan tugas sama seperti angin yang menolak kapalmu walau bahan bakarnya jauh lebih sedikit.

Sekiranya kau menyukai kerjamu, sebenarnya kau tidak bekerja lagi kerana kerja itu apabila di gemari bukan lagi kerja melainkan nikmat.

Sekiranya kau menikmati kerjamu, kau akan bekerja, dan bekerja tanpa menghitung waktu, kau akan menuai dan menikmati hasilnya nanti…

Setiap orang mempuai rasa minat dan optimis dalam bekerja selama 30 minit sahaja, ada pula hingga tiga jam, malah ada yang sampai 30 hari sahaja. Namun, mereka yang bertahan dengan semangat bekerja selama 30 tahun, tetap terus menuai makna hidup melalui hasil yang mereka nikmati. Semangat dan sifat optimis ini yang kemudian menular mengalahkan virus H1N1.

 Oleh itu cintailah kerjamu…

Rosazaman Sarifdin

i love my job

Posted in motivasi diri, Mutiata-Mutiara kata | Leave a comment

Hidup ini indah, Inilah tugasku..

“Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama 1 jam, tidurlah sebantar.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sehari, perilah memancing.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama sebulan, berkhawinlah.
Sekiranya kita menginginkan kebahagian selama setahun, warisilah kekayaan.
Dan sekiranya kita inginkan kenahagian SEUMUR HIDUP, maka bantulah orang”

memberikan perkhidmatan takaful adalah salah satu daripadanya..

Gambar di sunting daripada USM Zarina, Great Eastern

Hubungi saya untuk mendapatkan quotation percuma.

Posted in info, pentingnya Takaful | Leave a comment

Motivasi hari ini

Rahsia kejayaan kita ditentukan oleh jadual kita, sekiranya kita membuat beberapa keputusan penting dan kemudian mengaturkannya dengan baik dalam agenda harian kita (jadual) maka kita akan berjaya..

Pengetahuan diberoleh daripada belajar, Kemahiran daripada latihan..

Tak ada kesenangan sekiranya mengerjakan sesuatu kerja yang sesiapa pun dapat melakukannya. Namun, ada kepuasan yang sangat manis dapat di nikmati sekiranya kita mencapai tujuan yang kita fikirkan dan tak pernah kita capai..

Tidak menyederari apa yang kita inginkan adalah masalah PENGETAHUAN
Tidak mengejar apa yang kita ingin adalah masalah MOTIVASI
Tidak mencapai apa yang kita inginkan adalah masalah KECEKALAN

Kita harus renungkan perkara-perkara yang besar semasa kita melakukan perkara-perkara yang kecil, sehinggakan semua perkara kecil itu menuju kearah yang tepat..

Posted in motivasi diri | Leave a comment